Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Rasa dh lame x post something kt blog ni. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk menulis sesuatu sebagai tatapan dn santapan buat mereka yg ingin membaca. Tiba-tiba hati tergerak utk menaip dn memberi apa yg termampu kepada kalian semua. Sebelum menerus coretan, maaf jika terlanjur kata dn terkasar bahasa...
Kadang-kadang
manusia tidak sedar kesilapan atau kesalahan yg dilakukannya. Jadi, kita tidak boleh terus menghukum seseorang disebabkan kelemahannya dan perilakunya yg membuat kita tersinggung mahupun terguris hati. Tetapi tidak sewajarnya kita melukakan hati seseorang itu tanpa memikirkan tentangnya. dan kita pula harap insan itu tidak mengambil hati atas perbuatan kita itu. Mungkin bagi mereka yg sudah biasa dengan cacian dan sebagainya mampu bersabar. Tetapi ingat! tak semua orang boleh tahan dengan semua perbuatan kita kepada mereka.
Kadang-kadang manusia perlu sering diperingatkan. Tetapi sebenarnya mu'min itu sangat membutuhkan tazkirah dan semua nasihat itu sgt bermanfaat buat orang2 yg beriman. Tetapi ada juga manusia yg tidak suka mendengar teguran dan nasihat kerana mereka merasakan diri merekalah yg terbaik dn tidak perlu sebarang tazkirah. Sedihnya kita sekiranya berada dalam golongan tersebut. Firman Allah S.W.T.:-
Dan teruslah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 yg beriman
Penulis juga ingin memohon maaf kepada semua yg dikenali terutama yg selalu bersama dengan penulis. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan berhak dimaafkan serta diberi peluang utk menebus kembali kesalahannya. Harap diri kita mampu menjadi yg terbaik dan menjadi contoh serta ikutan kepada masyarakat sekeliling. insyaAllah~
Wednesday, October 13, 2010
Maaf Jika Tersalah...
Posted by wan aBdul rahMan b wan ibrisam fikry at 3:29 AM 0 comments
Labels: renungan
Saturday, March 27, 2010
DIri ini...
Mengapa diri ini lemah???
Kita ingin mengubah seseorang, tetapi kita susah utk memperoleh kekuatan...Mengapa berlaku sedemikian??? Mungkin kita semakin jauh dari yang Maha Esa...atau mungkin kita yg mls utk mendekatkan diri kepadaNya...
Mengapa orang yg berada di sekeliling tidak begitu membantu???
Malah menjatuhkan dan menyebabkan kesedihan dalam diri ini...Dengan kekuatan yg dianugerahkan oleh Rabbul Jalil melalui amalan sunat di malam harilah diri ini mampu bertahan...Alhamdulillah...
Diri ini sering berduka, mengapa???
Tapi apabila menyelak helaian di dalam kitab suci al-Quran dan membaca serta mentadabburnya barulah diri ini berasa lega dan bersemangat kembali utk meneruskan kehidupan...
Ya Allah, barulah diri ini merasai mehnah dan onak duri yg ada di jalan ini...Barulah diri ini sedar akan kelemahan diri dan keperluan utk memperbaiki diri..."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri." Ya Allah bantulah diri ini utk mengislahkan diri...
Adakah diri ini telah banyak membantu dalam jalan dakwah???
Jauh sekali daripada kenyataan itu...mungkin hanya setitis daripada selautan air laut...Tetapi ingatlah, "Wahai orang-orang yg beriman, jika engkau membantu di jalan Allah, Allah pasti akan menolongmu."
Ya Allah, berilah diri ini kekuatan yg sebenarnya agr diri ini mampu utk meneruskan kehidupan dan perjuangan yg suci ini...
Wassalam~
Posted by wan aBdul rahMan b wan ibrisam fikry at 5:49 PM 0 comments
Labels: muhasabah
Monday, February 1, 2010
Telinga Si Ibu
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Lame x post...post kali nie nk crite psl pengorbanan seorang ibu...Diceritakan seorang ibu yg baru melahirkn seorang anak tkejut apabila melihat bayi yg baru dlahirkn itu tidak mempunyai cuping telinga...Tetapi, bayi itu masih mempunyai fungsi pendengaran yg sempurna. Tidak ada apa yg dpt dlakukan oleh kedua ibu bapa bayi berkenaan, melainkan menerima takdir yg anak sulung mereka tidak mempunyai cuping telinga.
Hari berganti hari, waktu terus berlalu, bayi itu membesar mnjadi seorang anak yg pandai bergaul dengan teman-teman sebayanya. Dia juga tidak mempunyai masalah dalam soal pembelajarannya di sekolah. Namun, satu prkara yg mengganggunya adalah sindiran teman2 yg mengatakn dia adalah anak makhluk asing.
Sindiran dan ejekan itu mmg menyakitkn hatinya. Memang kerap juga dia pulang ke rumah smbil menangis dan terus mencari lalu memeluk ibunya. Dengan ketabahan yg luar biasa, si ibu terus memberikan kata2 semangat kpd si anak bagi mengembangkan potensinya dan meraih kejayaan yg gemilang sehingga mampu berada di tahap yg tinggi.
Pada suatu hari, seorang doktor yg dikenali mngatakn anak itu sudah boleh mnjalani pembedhn bg menerima cuping telinga pindahan dan cuping telinga ini sudah pun berada dlm smpanan, yg diterima daripada seorang penderma. Mendengar berita itu, si anak gembira walaupun hatinya sering tertanya-tanya siapakah yg mndermakan cuping telinga itu kepadanya.
Selepas menmtkn pembelajarn, bekerja sebgai seorang diplomat, selepas berumah tangga, kemudiannya dikurniakn 2 orang anak, dia masih lg tertanya-tanya tentang penderma cuping telinga itu. Setiap kali dia bertanya, bapanya akan menjawab, "Suatu hari kamu akan tahu juga, nak!"
Sehingga tibalah saat pling menyedihkn yg menimpa keluarga ini, apabila ibu tersayang meninggal dunia kerana sakit. Rasa kehilangan yg tidak terhingga oleh anak tunggal ini masih terbayang di matanya ketika dia diejek oleh rakan2, ibulah yg mnguatkn dirinya. Namun, sekarang semua itu hanya tinggal kenangan, si ibu yg tercinta pergi utk selama-lamanya. Ketika mmberi ciuman terakhir pada jasad si ibu, dia tkejut apabila menyelak rmbut ibunya dan mndapati ibunya tidak mmpunyai cuping telinga.
Persoalan yg selama ini bermain di kepalanya akhirnya terjwab juga. Patutlah sejak beberapa tahun yg lepas, ibunya selalu berkata yang dia lebih suka mmbiarkan rambutnya panjang. Rupanya dia tidak mahu si anak tahu penderma cuping telinga itu adalah ibunya sendiri.
Kasih ibu sepanjang masa dn tidak terbatas pada sesuatu. Begitu juga dengan ayah. Hormatilah, sayangilah dan berbaktilah kepada mereka selagi mereka berada di samping kita. Islam juga menyuruh kita berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Harap kita dapat mengambil pengajaran drpd kisah d atas.
Posted by wan aBdul rahMan b wan ibrisam fikry at 1:06 AM 0 comments
Labels: PENGAJARAN
Friday, December 25, 2009
OPTIMIS ( BERHARAP KEPADA ALLAH )
Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...
post kali ni ana nk crite ckit tntg optimis. Optimis? Ape tuh? Ok, optimis merupakan suatu pengharapan tulus ikhlas kepada Allah apabila meminta sesuatu permohonan, semoga apa yang dipinta itu mendapat restu dari-Nya. Cth, lepas kita semua dh menduduki peperiksaan, kita mestilah sentiasa optimis dan bertawakkal kepada Allah. Walaupun kita tidak mendapat keputusan yg diinginkan, yg paling penting kite telah berjaya memperoleh keredhaan tuhan kita Allah Azza Wajalla.
Ingatlah, kejayaan di hari ini bukan utk selamanya dan kegagalan di hari ini juga bukan utk selamanya. Mungkin kegagalan kita pada hri ini akn menjadi titik tolak dan semangat buat kita utk berjaya pada masa akan datang. Allah akn menganugerahkn keputusan mgikut usaha yg telah kita buat. Tetapi, walaupun kita telah gagal setelah berusaha sedaya upaya dan semaksima mungkin, ingatlah bahawa Allah sedang menguji kesabaran dan tahap kebergantungan kita kepadaNya. Adakah kita masih bergantung dan berharap kepada Allah ataupun sbaliknya.
Akhir kalam, tahniah diucpkan kepada semua calon PMR 2009. Kalian semua telah berjaya melalui salah satu drpd peperiksaan besar yg ada di Malaysia. Ingat, perjalanan kite masih jauh dan ade byk lagi ujian yg menanti kite semua. Teruskan bersemangat dlm menaikkan nama Islam dan menyebarkan dakwah di seluruh dunia!!! Semoga segala usaha kita mendapat keredhaan Allah dan diganjari olehNya...
Posted by wan aBdul rahMan b wan ibrisam fikry at 7:53 PM 0 comments
Labels: Tazkirah
Tuesday, November 3, 2009
Manisnye Sebuah Ukhuwwah
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Dalam post kali ni, saye ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang ukhuwwah islamiyah. Setiap insan yg hidup di atas muka bumi ini pastinya mempunyai sahabat.Tak kira sama ada sahabat itu baik atau jahat perangainye. Dalam bersahabat, kita sepatutnya menjalinkan sebuah ukhuwwah yg berlandaskan keimanan yg benar kepada Allah. Dengan itu, kita dapat merasakan betapa indahnya sebuah ukhuwwah dalam menjalinkan persahabatan. Seterusnya, saya akan memetik dan menulis sebuah kisah daripada novel "TERASING".
"Janji pada aku dua perkara." Zaman mengepal penumbuk dan mendekatkannya pada dada kiriku. "Pertama, ingati aku dalam setiap doamu." Hati aku tiba-tiba rasa sebak. Sinaran mata Zaman, dan sentuhannya kepadaku membuatkan aku terasa seperti dia sedang meluahkn satu harapan yang teramat besar kepadaku. "Kedua?" Zaman menarik nafas sebentar. "Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok, kau luruskanlah aku." Hatiku terasa seperti ditusuk sesuatu yang tajam. Bicaranya menyengat. Besar sungguh harapannya. Takut sungguh dia akan kerosakan dirinya. Sememangnya, keimanan manusia ini akan diuji. Dan bagi yang telah merasai kemanisan iman itu, memang dia akan merasa sayang untuk melepaskannya. Mungkin, Zaman sedang merasakan sesuatu yang serupa. Takut teruji dengan sesuatu yang tidak dijangka. "Sahabat." Zaman berbicara lagi. Aku memandang matanya. Tanpa suara, aku bertanya dengan mataku, kenapa? "Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu." Ketika ini air mata meleleh juga. Tangan Zaman menyentuh dada, kupegang dan kudekatkan tubuhnya kepada diriku. Dia kudakap seeratnya. "Zaman, aku janji dengan kau. Janganlah kau risau macam ini. Kau buat aku sedih."
Begitulah sebuah kisah daripada novel "TERASING" yg menceritakan tentang dua org sahabat yg begitu akrab dan setia sekali. Kalau nk tahu kisah selanjutnya, belilah novel "TERASING" yg hangat di pasaran sekarang!!Alangkah indahnya jika kita mempunyai ramai shabat yg sedemikian rupa. Senantiasa menasihati ke arah kebaikan dan membantu sekiranya kita tersungkur daripada jalanNya.
Ya Allah, kurniakanlah sahabat yg berguna kepadaku. Sahabat yg sentiasa di sampingku sewaktu susah mahupun senang. Sahabat yg sentiasa membimbingku menuju redhaMu.
Ya Allah...
Perkenankanlah...
Posted by wan aBdul rahMan b wan ibrisam fikry at 5:29 AM 1 comments
Labels: SAHABAT
Sunday, November 1, 2009
Program yg sangat Bermanfaat
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Berdsrkn tajuk di atas, ana ingin menceritakan ckit tentang program DAURAh F3 yg telah diadakan pd 30/10-1/11. Sememangnye program ini banyak manfaatnya. Bagi mereka yg malas nk bace buku fikrah, program ini sgt berguna kerana di dlmnye terdpt pmbentangan tntg buku asas-asas Islam. Pembentangan yg paling seronok bg ana ialah pembentangan tentang tokoh Islam iaitu sheikh Abu A'la Al-Maududi. Pembentang yg membentangkn tentang tokoh ini bukanlah calang-calang orang. Beliau merupakan bakal mufti di Malaysia ini.hehe. insyaAllah. Insan tersebut merupakan akh Talhah bin Ajmain. Beliau telah membentangkn tentang tokoh tersebut dengan begitu mendlm sekali. Pada hari terakhir, pembentangan tentang tokoh ini dilanjutkan oleh akh abdullah munir b mohd aizaini.
Secara kesuluruhan daurah ini sgt bermkna buat insan yg ingin berfikir dan mengkaji tentang kejadian Allah. Peserta daurah diberi peluang utk mentadabbur al-Quran sambil memerhatikan serta menghayati alam semulajadi yg diciptakan dengan begitu sempurna sekali. Semangat kami juga dibakar dengan lagu tema yg begitu semangat sekali. Semoga kami dapat merealisasikan apa yang terdapt dalm lirik nasyid tersebut seterusnya menjadikan kami mukmin terbaik.insyaAllah.TAKBIR!!!ALLAHU AKBAR!!!
Kejadian yg aneh telah berlaku pada petang masa kami(banin) main futsal. Kjadian tersebut sgtlah tidak disengajakan. Tapi mungkin sebab slh faham so jadilah sesuatu perkara yg x diingini. Salah seorang dr kami telah terbentes salah seorang pemain kg sinaran baru yg terlebih "hebat".betol x banin??hehe..MAka berlakulah satu pergaduhan yg tergelak ckit..alhamdulillah tyme tuh ade akh Talhah yg byk sgt tolong. Pemain yg kene bentes tuh marah sgt. Dia kate kami main mcm ape. Pdhl diorang yg main mcm ape. Biaselah, manusia kdg2 susah utk menerima kekalahan. Kami anggap kemengn tersebut sgt bermkne buat kami krne kami telah bermain dgn penuh kesabaran walau diejek dari segenap penjuru. Btol x kwn2? tapi, kite lupekn jelah perkara tuh dan jadikannya sebagai pengajaran buat kita semua.alhamdulillah, dptlah jugak diri ini memaafkn kesalahan insan tersebut.
Akhir kalam, DAURAH ini sangat berguna dan bermanfaat buat kami semua. Terima kasih diucpkan kepada guru2 yg bertungkus-lumus menjayakan program ini. Buat semua peserta DAURAH, hrp antum sume dpt praktikkan ape yg kita telah perolehi drpd program ini. Mohon maaf kepada sume yg terasa hati terutama pemain yang hebat itu.ok, itu saje. wslm.
p/s: maaf x de gmbr mcm blog asim. ana mane ade h/p mcm asim. btol x asim?
Posted by wan aBdul rahMan b wan ibrisam fikry at 5:29 AM 0 comments
Labels: DAURAH FORM 3
Sunday, October 25, 2009
bAru Nk pOst!
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Nk beritahu sume warga batch 13 yg berminat utk mnjadi Lans Koperal & Koperal KRSM SMIH agar bersedia untuk ujian kenaikan pangkat esok.Ikatan, kawad, kecergasan, ketatanegaraan dan lain-lain lagi akan diuji pada hari esok dan selasa.Moga kalian sume berjaya.
Ana nk cerita psl mukhayyam darjah 4 tapi x tahu nk cerita part yg mane satu sbb overall segalanya baik dan seronok.alhamdulillah.dptlh jugak pengalaman menjdi seorang fasilitator yg berwawasan dan berkaliber(khair ckp). kalo nk tgk gmbr tyme mukhayyam hari tuh, bolehlah mintak Sarjan KRSM Muhammad Khair b Mohd Kamil. Terima kasih kepada sume fasilitator yg bekerjasama dn bertungkus-lumus dlm mnjayakn mukhayyam tesebut terutamanya fasi banin yg tlh berjaya mmbuat persembhn yg "terbaik" pada malam kebudayaan. Kira ok lah tuh daripada x buat langsung. Btol x fasi banin? .hehe.
p/s: maaf x de idea nk post ape. wait for the next post.
Posted by wan aBdul rahMan b wan ibrisam fikry at 6:31 AM 0 comments
Labels: posting
