BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 3, 2009

Manisnye Sebuah Ukhuwwah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Dalam post kali ni, saye ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang ukhuwwah islamiyah. Setiap insan yg hidup di atas muka bumi ini pastinya mempunyai sahabat.Tak kira sama ada sahabat itu baik atau jahat perangainye. Dalam bersahabat, kita sepatutnya menjalinkan sebuah ukhuwwah yg berlandaskan keimanan yg benar kepada Allah. Dengan itu, kita dapat merasakan betapa indahnya sebuah ukhuwwah dalam menjalinkan persahabatan. Seterusnya, saya akan memetik dan menulis sebuah kisah daripada novel "TERASING".

"Janji pada aku dua perkara." Zaman mengepal penumbuk dan mendekatkannya pada dada kiriku.
"Pertama, ingati aku dalam setiap doamu." Hati aku tiba-tiba rasa sebak. Sinaran mata Zaman, dan sentuhannya kepadaku membuatkan aku terasa seperti dia sedang meluahkn satu harapan yang teramat besar kepadaku. "Kedua?" Zaman menarik nafas sebentar. "Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok, kau luruskanlah aku." Hatiku terasa seperti ditusuk sesuatu yang tajam. Bicaranya menyengat. Besar sungguh harapannya. Takut sungguh dia akan kerosakan dirinya. Sememangnya, keimanan manusia ini akan diuji. Dan bagi yang telah merasai kemanisan iman itu, memang dia akan merasa sayang untuk melepaskannya. Mungkin, Zaman sedang merasakan sesuatu yang serupa. Takut teruji dengan sesuatu yang tidak dijangka. "Sahabat." Zaman berbicara lagi. Aku memandang matanya. Tanpa suara, aku bertanya dengan mataku, kenapa? "Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu." Ketika ini air mata meleleh juga. Tangan Zaman menyentuh dada, kupegang dan kudekatkan tubuhnya kepada diriku. Dia kudakap seeratnya. "Zaman, aku janji dengan kau. Janganlah kau risau macam ini. Kau buat aku sedih."

Begitulah sebuah kisah daripada novel "TERASING" yg menceritakan tentang dua org sahabat yg begitu akrab dan setia sekali. Kalau nk tahu kisah selanjutnya, belilah novel "TERASING" yg hangat di pasaran sekarang!!Alangkah indahnya jika kita mempunyai ramai shabat yg sedemikian rupa. Senantiasa menasihati ke arah kebaikan dan membantu sekiranya kita tersungkur daripada jalanNya.

Ya Allah, kurniakanlah sahabat yg berguna kepadaku. Sahabat yg sentiasa di sampingku sewaktu susah mahupun senang. Sahabat yg sentiasa membimbingku menuju redhaMu.


Ya Allah...


Perkenankanlah...

1 comments:

. said...

gambar yg memikat pendatang dari benua ******