BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 1, 2010

Telinga Si Ibu

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Lame x post...post kali nie nk crite psl pengorbanan seorang ibu...Diceritakan seorang ibu yg baru melahirkn seorang anak tkejut apabila melihat bayi yg baru dlahirkn itu tidak mempunyai cuping telinga...Tetapi, bayi itu masih mempunyai fungsi pendengaran yg sempurna. Tidak ada apa yg dpt dlakukan oleh kedua ibu bapa bayi berkenaan, melainkan menerima takdir yg anak sulung mereka tidak mempunyai cuping telinga.

Hari berganti hari, waktu terus berlalu, bayi itu membesar mnjadi seorang anak yg pandai bergaul dengan teman-teman sebayanya. Dia juga tidak mempunyai masalah dalam soal pembelajarannya di sekolah. Namun, satu prkara yg mengganggunya adalah sindiran teman2 yg mengatakn dia adalah anak makhluk asing.

Sindiran dan ejekan itu mmg menyakitkn hatinya. Memang kerap juga dia pulang ke rumah smbil menangis dan terus mencari lalu memeluk ibunya. Dengan ketabahan yg luar biasa, si ibu terus memberikan kata2 semangat kpd si anak bagi mengembangkan potensinya dan meraih kejayaan yg gemilang sehingga mampu berada di tahap yg tinggi.

Pada suatu hari, seorang doktor yg dikenali mngatakn anak itu sudah boleh mnjalani pembedhn bg menerima cuping telinga pindahan dan cuping telinga ini sudah pun berada dlm smpanan, yg diterima daripada seorang penderma. Mendengar berita itu, si anak gembira walaupun hatinya sering tertanya-tanya siapakah yg mndermakan cuping telinga itu kepadanya.

Selepas menmtkn pembelajarn, bekerja sebgai seorang diplomat, selepas berumah tangga, kemudiannya dikurniakn 2 orang anak, dia masih lg tertanya-tanya tentang penderma cuping telinga itu. Setiap kali dia bertanya, bapanya akan menjawab, "Suatu hari kamu akan tahu juga, nak!"

Sehingga tibalah saat pling menyedihkn yg menimpa keluarga ini, apabila ibu tersayang meninggal dunia kerana sakit. Rasa kehilangan yg tidak terhingga oleh anak tunggal ini masih terbayang di matanya ketika dia diejek oleh rakan2, ibulah yg mnguatkn dirinya. Namun, sekarang semua itu hanya tinggal kenangan, si ibu yg tercinta pergi utk selama-lamanya. Ketika mmberi ciuman terakhir pada jasad si ibu, dia tkejut apabila menyelak rmbut ibunya dan mndapati ibunya tidak mmpunyai cuping telinga.

Persoalan yg selama ini bermain di kepalanya akhirnya terjwab juga. Patutlah sejak beberapa tahun yg lepas, ibunya selalu berkata yang dia lebih suka mmbiarkan rambutnya panjang. Rupanya dia tidak mahu si anak tahu penderma cuping telinga itu adalah ibunya sendiri.

Kasih ibu sepanjang masa dn tidak terbatas pada sesuatu. Begitu juga dengan ayah. Hormatilah, sayangilah dan berbaktilah kepada mereka selagi mereka berada di samping kita. Islam juga menyuruh kita berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Harap kita dapat mengambil pengajaran drpd kisah d atas.