BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 14, 2010

Berkorban...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalaualaikum...

post kali ini, nk cerita skit tentang pengorbanan. Bukan semua orang boleh berkorban, misalnya adakah kita semua sanggup memberikan semua harta, tenaga dan masa kita utk membantu meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini? Ramai dlm kalangan kita mengatakan kami sanggup malah ingin menyerahkan segala2nya utk Islam. Tetapi adakah kata2 itu dapat direalisasikan dengan perbuatan kita yg kurang bersungguh-sungguh dlm melaksanakan sesebuah ibadah. Tanpa ibadah yg mantap, kita tidak akan mampu utk melakukan sesuatu perkara lain dengan ikhlas dan bersemangat. Percayalah...

Kadang-kadang kita boleh berkorban sesuatu perkara yg besar demi islam, akan tetapi perkara2 remeh seperti berkongsi makanan dgn teman dan mengalah dlm sesuatu perkara amat sukar utk kita lakukan. Kenapa? Mungkin kita menganggap perkara seperti itu tidak akan mendatangkan manfaat yg besar berbanding dengan berkorban harta demi islam. Harus diingat bahawa sesebuah jamaah terbina bermula dengan seorang individu, dan jikalau kita ingin berkorban sesuatu yg besar perlulah bermula dengan pengorbanan yg kecil terlebih dahulu.

Dakwah sangat membutuhkan pengorbanan( tadhiyyah). Tanpa pengorbanan, dakwah tidak mampu dilaksanakan kerana jalan dakwah dipenuhi dengan onak duri dan dugaan serta cubaan yang akan mematangkan diri kita. Jadi, kalau kita tidak mampu utk berkorban, siapakah yg akan memperjuangkan Islam yg semakin terhakis di atas muka bumi ini. Jangan sampai Allah menggantikan kita dengan kaum lain kerana ketidaksungguhan kita dlm membawa agama yg mulia ini. Tidak teringinkah kita utk menjadi rijal2 yg membantu menaikkan dn meninggikan agama Allah??? Renung2kan...

Wednesday, October 13, 2010

Maaf Jika Tersalah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Rasa dh lame x post something kt blog ni. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk menulis sesuatu sebagai tatapan dn santapan buat mereka yg ingin membaca. Tiba-tiba hati tergerak utk menaip dn memberi apa yg termampu kepada kalian semua. Sebelum menerus coretan, maaf jika terlanjur kata dn terkasar bahasa...

Kadang-kadang manusia tidak sedar kesilapan atau kesalahan yg dilakukannya. Jadi, kita tidak boleh terus menghukum seseorang disebabkan kelemahannya dan perilakunya yg membuat kita tersinggung mahupun terguris hati. Tetapi tidak sewajarnya kita melukakan hati seseorang itu tanpa memikirkan tentangnya. dan kita pula harap insan itu tidak mengambil hati atas perbuatan kita itu. Mungkin bagi mereka yg sudah biasa dengan cacian dan sebagainya mampu bersabar. Tetapi ingat! tak semua orang boleh tahan dengan semua perbuatan kita kepada mereka.

Kadang-kadang manusia perlu sering diperingatkan. Tetapi sebenarnya mu'min itu sangat membutuhkan tazkirah dan semua nasihat itu sgt bermanfaat buat orang2 yg beriman. Tetapi ada juga manusia yg tidak suka mendengar teguran dan nasihat kerana mereka merasakan diri merekalah yg terbaik dn tidak perlu sebarang tazkirah. Sedihnya kita sekiranya berada dalam golongan tersebut. Firman Allah S.W.T.:-

Dan teruslah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 yg beriman

Penulis juga ingin memohon maaf kepada semua yg dikenali terutama yg selalu bersama dengan penulis. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan berhak dimaafkan serta diberi peluang utk menebus kembali kesalahannya. Harap diri kita mampu menjadi yg terbaik dan menjadi contoh serta ikutan kepada masyarakat sekeliling. insyaAllah~

Saturday, March 27, 2010

DIri ini...

Mengapa diri ini lemah???

Kita ingin mengubah seseorang, tetapi kita susah utk memperoleh kekuatan...Mengapa berlaku sedemikian??? Mungkin kita semakin jauh dari yang Maha Esa...atau mungkin kita yg mls utk mendekatkan diri kepadaNya...

Mengapa orang yg berada di sekeliling tidak begitu membantu???
Malah menjatuhkan dan menyebabkan kesedihan dalam diri ini...Dengan kekuatan yg dianugerahkan oleh Rabbul Jalil melalui amalan sunat di malam harilah diri ini mampu bertahan...Alhamdulillah...

Diri ini sering berduka, mengapa???
Tapi apabila menyelak helaian di dalam kitab suci al-Quran dan membaca serta mentadabburnya barulah diri ini berasa lega dan bersemangat kembali utk meneruskan kehidupan...

Ya Allah, barulah diri ini merasai mehnah dan onak duri yg ada di jalan ini...Barulah diri ini sedar akan kelemahan diri dan keperluan utk memperbaiki diri..."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri." Ya Allah bantulah diri ini utk mengislahkan diri...

Adakah diri ini telah banyak membantu dalam jalan dakwah???
Jauh sekali daripada kenyataan itu...mungkin hanya setitis daripada selautan air laut...Tetapi ingatlah, "Wahai orang-orang yg beriman, jika engkau membantu di jalan Allah, Allah pasti akan menolongmu."

Ya Allah, berilah diri ini kekuatan yg sebenarnya agr diri ini mampu utk meneruskan kehidupan dan perjuangan yg suci ini...
Wassalam~

Monday, February 1, 2010

Telinga Si Ibu

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Lame x post...post kali nie nk crite psl pengorbanan seorang ibu...Diceritakan seorang ibu yg baru melahirkn seorang anak tkejut apabila melihat bayi yg baru dlahirkn itu tidak mempunyai cuping telinga...Tetapi, bayi itu masih mempunyai fungsi pendengaran yg sempurna. Tidak ada apa yg dpt dlakukan oleh kedua ibu bapa bayi berkenaan, melainkan menerima takdir yg anak sulung mereka tidak mempunyai cuping telinga.

Hari berganti hari, waktu terus berlalu, bayi itu membesar mnjadi seorang anak yg pandai bergaul dengan teman-teman sebayanya. Dia juga tidak mempunyai masalah dalam soal pembelajarannya di sekolah. Namun, satu prkara yg mengganggunya adalah sindiran teman2 yg mengatakn dia adalah anak makhluk asing.

Sindiran dan ejekan itu mmg menyakitkn hatinya. Memang kerap juga dia pulang ke rumah smbil menangis dan terus mencari lalu memeluk ibunya. Dengan ketabahan yg luar biasa, si ibu terus memberikan kata2 semangat kpd si anak bagi mengembangkan potensinya dan meraih kejayaan yg gemilang sehingga mampu berada di tahap yg tinggi.

Pada suatu hari, seorang doktor yg dikenali mngatakn anak itu sudah boleh mnjalani pembedhn bg menerima cuping telinga pindahan dan cuping telinga ini sudah pun berada dlm smpanan, yg diterima daripada seorang penderma. Mendengar berita itu, si anak gembira walaupun hatinya sering tertanya-tanya siapakah yg mndermakan cuping telinga itu kepadanya.

Selepas menmtkn pembelajarn, bekerja sebgai seorang diplomat, selepas berumah tangga, kemudiannya dikurniakn 2 orang anak, dia masih lg tertanya-tanya tentang penderma cuping telinga itu. Setiap kali dia bertanya, bapanya akan menjawab, "Suatu hari kamu akan tahu juga, nak!"

Sehingga tibalah saat pling menyedihkn yg menimpa keluarga ini, apabila ibu tersayang meninggal dunia kerana sakit. Rasa kehilangan yg tidak terhingga oleh anak tunggal ini masih terbayang di matanya ketika dia diejek oleh rakan2, ibulah yg mnguatkn dirinya. Namun, sekarang semua itu hanya tinggal kenangan, si ibu yg tercinta pergi utk selama-lamanya. Ketika mmberi ciuman terakhir pada jasad si ibu, dia tkejut apabila menyelak rmbut ibunya dan mndapati ibunya tidak mmpunyai cuping telinga.

Persoalan yg selama ini bermain di kepalanya akhirnya terjwab juga. Patutlah sejak beberapa tahun yg lepas, ibunya selalu berkata yang dia lebih suka mmbiarkan rambutnya panjang. Rupanya dia tidak mahu si anak tahu penderma cuping telinga itu adalah ibunya sendiri.

Kasih ibu sepanjang masa dn tidak terbatas pada sesuatu. Begitu juga dengan ayah. Hormatilah, sayangilah dan berbaktilah kepada mereka selagi mereka berada di samping kita. Islam juga menyuruh kita berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Harap kita dapat mengambil pengajaran drpd kisah d atas.