BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 13, 2010

Maaf Jika Tersalah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Rasa dh lame x post something kt blog ni. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk menulis sesuatu sebagai tatapan dn santapan buat mereka yg ingin membaca. Tiba-tiba hati tergerak utk menaip dn memberi apa yg termampu kepada kalian semua. Sebelum menerus coretan, maaf jika terlanjur kata dn terkasar bahasa...

Kadang-kadang manusia tidak sedar kesilapan atau kesalahan yg dilakukannya. Jadi, kita tidak boleh terus menghukum seseorang disebabkan kelemahannya dan perilakunya yg membuat kita tersinggung mahupun terguris hati. Tetapi tidak sewajarnya kita melukakan hati seseorang itu tanpa memikirkan tentangnya. dan kita pula harap insan itu tidak mengambil hati atas perbuatan kita itu. Mungkin bagi mereka yg sudah biasa dengan cacian dan sebagainya mampu bersabar. Tetapi ingat! tak semua orang boleh tahan dengan semua perbuatan kita kepada mereka.

Kadang-kadang manusia perlu sering diperingatkan. Tetapi sebenarnya mu'min itu sangat membutuhkan tazkirah dan semua nasihat itu sgt bermanfaat buat orang2 yg beriman. Tetapi ada juga manusia yg tidak suka mendengar teguran dan nasihat kerana mereka merasakan diri merekalah yg terbaik dn tidak perlu sebarang tazkirah. Sedihnya kita sekiranya berada dalam golongan tersebut. Firman Allah S.W.T.:-

Dan teruslah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 yg beriman

Penulis juga ingin memohon maaf kepada semua yg dikenali terutama yg selalu bersama dengan penulis. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan berhak dimaafkan serta diberi peluang utk menebus kembali kesalahannya. Harap diri kita mampu menjadi yg terbaik dan menjadi contoh serta ikutan kepada masyarakat sekeliling. insyaAllah~

0 comments: