BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 14, 2010

Berkorban...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalaualaikum...

post kali ini, nk cerita skit tentang pengorbanan. Bukan semua orang boleh berkorban, misalnya adakah kita semua sanggup memberikan semua harta, tenaga dan masa kita utk membantu meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini? Ramai dlm kalangan kita mengatakan kami sanggup malah ingin menyerahkan segala2nya utk Islam. Tetapi adakah kata2 itu dapat direalisasikan dengan perbuatan kita yg kurang bersungguh-sungguh dlm melaksanakan sesebuah ibadah. Tanpa ibadah yg mantap, kita tidak akan mampu utk melakukan sesuatu perkara lain dengan ikhlas dan bersemangat. Percayalah...

Kadang-kadang kita boleh berkorban sesuatu perkara yg besar demi islam, akan tetapi perkara2 remeh seperti berkongsi makanan dgn teman dan mengalah dlm sesuatu perkara amat sukar utk kita lakukan. Kenapa? Mungkin kita menganggap perkara seperti itu tidak akan mendatangkan manfaat yg besar berbanding dengan berkorban harta demi islam. Harus diingat bahawa sesebuah jamaah terbina bermula dengan seorang individu, dan jikalau kita ingin berkorban sesuatu yg besar perlulah bermula dengan pengorbanan yg kecil terlebih dahulu.

Dakwah sangat membutuhkan pengorbanan( tadhiyyah). Tanpa pengorbanan, dakwah tidak mampu dilaksanakan kerana jalan dakwah dipenuhi dengan onak duri dan dugaan serta cubaan yang akan mematangkan diri kita. Jadi, kalau kita tidak mampu utk berkorban, siapakah yg akan memperjuangkan Islam yg semakin terhakis di atas muka bumi ini. Jangan sampai Allah menggantikan kita dengan kaum lain kerana ketidaksungguhan kita dlm membawa agama yg mulia ini. Tidak teringinkah kita utk menjadi rijal2 yg membantu menaikkan dn meninggikan agama Allah??? Renung2kan...

0 comments: