BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 5, 2011

Ujian...

assalamualaikum

bismillah...

Alhamdulillah ats segala nikmat yg diberikan tuhan. Jika engkau bersyukur pasti akan Ku tambahkan, tetapi jika kau kufur sesungguhnya azabKu amatlah pedih. Demikianlah kalam daripada Allah yg pasti memberi tempias kepada manusia yg beriman yg jarang mensyukuri nikmatNya. Kadang-kadang kita merasakan bahawa ujian yg menimpa kita pasti akan memusnahkan segala harapan, tetapi Allah ternyata masih memberi satu cahaya harapan buat kita apabila Dia membantu kita di saat kita berputus asa. Itulah bukti Allah masih menyayangi kita. Sengaja Allah menguji kita utk melihat tahap keimanan kita kepadaNya. Adakah kita masih meningatiNya atau kita sengaja melupakanNya.

Alhamdulillah, Allah masih menyayangi keluargaku dengan memberi nikmat kehidupan kepada mereka. Masih dapat utkku berjumpa dan bergembira bersama keluargaku. Terima kasih ya Allah, Kau belum menarik nyawa mereka utk menghadapMu. Aku amat bersyukur atas kejadian yg berlaku. Walaupun van habis remuk, tetapi semua ahli keluargaku selamat:-) Moga2 dgn ujian seperti ini dapat meningkatkan keimanan dan kesabaran kita utk menempuhui hidup yg lebih mencabar pada masa hadapan.

0 comments: