Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...
Sedar tak sedar kita sudah tiba di penghujung Ramadhan. Adakah kita sudah melakukan amal ibadah yang membuatkan kita berasa senang hati utk melepaskan Ramadhan pergi? Marilah kita bersama renungkn kembali. Para sahabat akan menangis dalam menelusuri hari-hari akhir Ramadhan. Mereka berasa sedih kerana bimbang mereka tidak akan diberi peluang utk melakukan pesta ibadah dalam bulan Ramadhan yg akan datang. Dengan itu, Para sahabat akan meningktkn amal ibadah mereka pada 10 hari yang terakhir dalam bulan yang barakah ini.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri iatu hari utk meraikan kemenangan kita berpuasa dan melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan. Anak-anak yg menuntut di IPT akan pulang ke desa utk meraikan Eid bersama keluarga. Tetapi ada juga yg tidak berkesempatan utk pulang ke pangkuan keluarga dan terpaksa beraya di perantauan. Pasti mereka berasa sedih kerana tidak dapat meraikan Eid bersama-sama. Saya menyarankan agar mereka yang menuntut di mana-mana sekalipun terutamanya di luar negara supaya pulanglah ke pangkuan ibu bapa di hari raya ini. Jenguk-jenguklah orang tua kita sementara mereka masih ada. Janganlah sampai orang tua kita sudah tiada barulah kita merangkak utk pulang ke desa. Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkn buat semua kaum muslimin dan muslimat serta maaf zahir dan batin.
p/s: jgn asyik nk beraye, persediaan PMR camne?
Wednesday, September 16, 2009
PULANG KE DESA
Posted by wan aBdul rahMan b wan ibrisam fikry at 5:15 PM 0 comments
Labels: Eidulfitri
Saturday, September 5, 2009
Peperangan Hampir Bermula!
Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...
Seperti yg anda semua tahu, Penilaian Menengah Rendah(PMR) semakin hampir. Saya berasa dan berharap semua calon-calon yg akn menduduki peperiksaan ini telah mengulangkaji hampir kesemua subjek yg diambil. Anggaplah peperiksaan ini sebagai satu peperangan yang memerlukan persediaan daripada semua aspek. Sama ada rohani, jasmani dan juga mental. Tentera- tentera pada zaman dahulu akn mengasah pedang mereka sebelum pergi berperang agr mudah utk mereka mencantas kepala musuh. Begitu juga dengan kita. Kita mestilah sentiasa mengulangkaji pelajaran agr otak kita sentiasa tajam dalam menghadapi peperiksaan. Bak kata pepatah "belakang parang diasah lagikan tajam inikan pula otak manusia".
Kita juga harus senantiasa menjaga kesihatan tubuh badan agr ianya tidak menjadi penghalang utk kita menghadapi peperangan yang besar ini. Hubungan kita dengan Allah juga harus dijaga. Korbanknlah sedikit masa tidur dengan mendekatkn diri kepada Allah. Solat hajat, taubat dan tahajjud mesti dijadikan rutin seharian. Solat Tarawikh yang afdal didirikan dalam bulan yang mulia ini, jgnlah dilupakn. Kita mestilah menjaga hubungan kita dengan manusia juga terutamanya dengan ibu bapa, guru-guru dan teman-teman seperjuangan. Di sini, saya ingin memohon ribuan kemaafan daripada semua insan yg terluka disebabkn diri yg kerdil ini. Akhir kalam, buat semua calon PMR, saya doakan kejayaan kalian dan juga saya serta yang paling utama kejayaan ISLAM..AMEEN...
Posted by wan aBdul rahMan b wan ibrisam fikry at 4:43 PM 1 comments
Labels: PMR
Friday, September 4, 2009
Peristiwa penting dalam ISLAM
Assalamualaikum...
bismillahirrahmanirrahim...
Seperti yang anda semua tahu, malam ini adalah malam badar. Jadi, saya ingin menceritakan sedikit tentang Perang Badar...Malam ini disambut utk memperingati sebuah peristiwa besar dalam Islam iaitu Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 hijrah. Jumlah tentera Islam hanya 313 orang berbanding dengan bala tentera quraish yang mempunyai 1000 orang. Tentera Islam yang berkuda hanyalh 2 orang manakala yang menaiki unta seramai 7 orang serta yang lainnya hanya berjalan kaki. Angkatan tentera Islam diketuai oleh Rasulullah S.A.W. manakala tentera quraish diketuai oleh Abu Jahal yang sangat sombong. Peperangan ini merupakan peperangan yang pertama dalam Islam. Keputusan peperangan ini telah menjadi titik tolak perkembangan Islam seterusnya. Tentera Islam telah berjuang bersungguh-sungguh dan ikhlas kerana Allah S.W.T. serta bercita-cita untuk mati syahid. Dengan berkat doa Rasulullah S.A.W., Allah telah menurunkan malaikat bagi membantu tentera islam menentang musuh. Akhirnya, tentera Islam yang sedikit mampu dan berjaya mengalahkan tentera quraish yang ramai. 70 orang quraish dibunuh termasuk Abu Jahal dan 70 orang lagi ditawan. Hanya 14 orang islam sahaja yang gugur sebagai syuhada'.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita kesedaran tentang perjuangan umat Islam dahulu untuk mengembangkan dan menyebarkan agama suci ini. Semoga kita juga beroleh iktibar daripada perang Badar tersebut.
Posted by wan aBdul rahMan b wan ibrisam fikry at 6:08 PM 0 comments
Labels: peristiwa dalam bulan Ramadhan
Monday, August 31, 2009
Kelebihan Ayat Kursi
Assalamualaikum...
Dari Abu Hurairah r.a., "Rasulullah (saw) menugaskan daku untuk menjaga Zakat Ramadhan (Zakat Fitrah). Kemudian datang seseorang kepada ku, maka diambilnya segenggam makanan, dan orang itu dapat ku tangkap. Lalu aku berkata kepadanya, "Nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah (saw)".
Katanya, "Saya perlu, kerana saya mempunyai keluarga dan keperluan yang amat sangat." Kata Abu Hurairah, "Kerana itu, saya biarkan saja orang itu."
Esok pagi Nabi (saw) bersabda, "Hal, Abu Hurairah! Apakah yang diperbuat tawanan mu malam tadi?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Ia mengatakan sangat perlu, kerana mempunyai keluarga. Maka saya merasa kasihan, lalu saya biarkan saja dia." Sabda Nabi, "Sebenarnya dia dusta kepada mu dan ia akan kembali."
Saya yakin bahawa ia akan kembali kerana pemberitahuan Rasulullah (saw) itu. Lalu saya intip dia. Memang benar, orang itu datang lagi lalu diambilnya segenggam makanan, dan terus saya tangkap. Kataku, "Nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah (saw)" Katanya, "Biarkanlah saya, kerana saya sangat perlu dan mempunyai keluarga. Sesudah ini tidak akan saya ulangi lagi." Saya pun merasa kasihan, lalu saya biarkan dia.
Pagi-pagi Rasulullah (saw) bersabda pada ku, "Hai, Abu Hurairah! Apakah yang diperbuat tawanan mu malam tadi?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Ia mengatakan sangat perlu dan berkeluarga. Aku merasa kasihan kepadanya, lalu ku biarkan saja dia." Sabda beliau, "Sebenarnya ia dusta kepada mu, dan ia bakal kembali."
Saya intip dia untuk ketiga kalinya. Memang benar, ia pun datang lalu diambilnya segenggam makanan, lantas saya tangkap, seraya berkata. "Engkau mesti saya adukan kepada Rasulullah (saw). Inilah yang ketiga kalinya engkau mengatakan tidak akan kembali, tetapi nyatanya engkau kembali juga." Katanya, "Lepaskanlah aku, nanti ku ajarkan kepada mu kalimah-kalimah yang diberi manfaat oleh Allah kepada mu, apabila engkau membaca kalimah itu."
Kataku, "Apakah kalimah itu?" Jawabnya, "Apabila engkau hendak tidur, bacalah ayat Kursi: Allaahu laa ilaaha illa huwal hayyul qayyum, (Al Baqarah, 2: 255) hingga sampai akhir ayat. Maka engkau sentiasa dalam pemeliharaan Allah, sedangkan syaitan tidak akan dekati mu sampai pagi." Setelah itu saya biarkan dia.
Pagi Rasulullah (saw) bersabda kepada ku, "Apa yang diperbuat tawanan mu tadi?" Kataku, "Ya, Rasulullah! Dia ajarkan kepada ku beberapa kalimah katanya diberi manfaat oleh Allah apabila seseorang membacanya. Kerana itu ku biarkan dia."
Sabda beliau, "Apakah kalimah itu?" , Jawab ku, "Ia mengatakan kepada ku, apabila engkau hendak tidur, bacalah ayat kursi dari awal sampai akhir. Yakni, Allaahu laa ilaaha illa huwal hayyul qayyum.(hingga akhirnya). Katanya kepada ku: Engkau akan sentiasa, dalam pemeliharaan Allah, dan syaitan tidak akan mendekati mu sampai pagi." Dan biasanya para sahabat itu sangat, mengingini kebaikan.
Nabi (saw) bersabda, "Sesungguhnya ia telah benar kepada mu. Padahal ia sangat pendusta. Tahukah engkau, dengan siapa engkau bercakap-cakap selama tiga malam itu, wahai Abu Hurairah?" Jawab Abu Hurairah, "Tidak!" Sabda beliau. "Itulah syaitan!"
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1122.
Posted by wan aBdul rahMan b wan ibrisam fikry at 1:06 AM 0 comments
Labels: first post
Assalamualaikum...
Alhamdulillah..akhirnya siap sudah blog ini..smoga blog ini menjadi wadah utk mnyampaikan dan menyebarkan Islam...AMEEN..kalau nk comment ke arah kebaikan, silakan..
Posted by wan aBdul rahMan b wan ibrisam fikry at 12:59 AM 0 comments
