BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 4, 2009

Peristiwa penting dalam ISLAM

Assalamualaikum...

bismillahirrahmanirrahim...

Seperti yang anda semua tahu, malam ini adalah malam badar. Jadi, saya ingin menceritakan sedikit tentang Perang Badar...Malam ini disambut utk memperingati sebuah peristiwa besar dalam Islam iaitu Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 hijrah. Jumlah tentera Islam hanya 313 orang berbanding dengan bala tentera quraish yang mempunyai 1000 orang. Tentera Islam yang berkuda hanyalh 2 orang manakala yang menaiki unta seramai 7 orang serta yang lainnya hanya berjalan kaki. Angkatan tentera Islam diketuai oleh Rasulullah S.A.W. manakala tentera quraish diketuai oleh Abu Jahal yang sangat sombong. Peperangan ini merupakan peperangan yang pertama dalam Islam. Keputusan peperangan ini telah menjadi titik tolak perkembangan Islam seterusnya. Tentera Islam telah berjuang bersungguh-sungguh dan ikhlas kerana Allah S.W.T. serta bercita-cita untuk mati syahid. Dengan berkat doa Rasulullah S.A.W., Allah telah menurunkan malaikat bagi membantu tentera islam menentang musuh. Akhirnya, tentera Islam yang sedikit mampu dan berjaya mengalahkan tentera quraish yang ramai. 70 orang quraish dibunuh termasuk Abu Jahal dan 70 orang lagi ditawan. Hanya 14 orang islam sahaja yang gugur sebagai syuhada'.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita kesedaran tentang perjuangan umat Islam dahulu untuk mengembangkan dan menyebarkan agama suci ini. Semoga kita juga beroleh iktibar daripada perang Badar tersebut.

0 comments: