BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 16, 2009

PULANG KE DESA

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedar tak sedar kita sudah tiba di penghujung Ramadhan. Adakah kita sudah melakukan amal ibadah yang membuatkan kita berasa senang hati utk melepaskan Ramadhan pergi? Marilah kita bersama renungkn kembali. Para sahabat akan menangis dalam menelusuri hari-hari akhir Ramadhan. Mereka berasa sedih kerana bimbang mereka tidak akan diberi peluang utk melakukan pesta ibadah dalam bulan Ramadhan yg akan datang. Dengan itu, Para sahabat akan meningktkn amal ibadah mereka pada 10 hari yang terakhir dalam bulan yang barakah ini.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri iatu hari utk meraikan kemenangan kita berpuasa dan melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan. Anak-anak yg menuntut di IPT akan pulang ke desa utk meraikan Eid bersama keluarga. Tetapi ada juga yg tidak berkesempatan utk pulang ke pangkuan keluarga dan terpaksa beraya di perantauan. Pasti mereka berasa sedih kerana tidak dapat meraikan Eid bersama-sama. Saya menyarankan agar mereka yang menuntut di mana-mana sekalipun terutamanya di luar negara supaya pulanglah ke pangkuan ibu bapa di hari raya ini. Jenguk-jenguklah orang tua kita sementara mereka masih ada. Janganlah sampai orang tua kita sudah tiada barulah kita merangkak utk pulang ke desa. Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkn buat semua kaum muslimin dan muslimat serta maaf zahir dan batin.

p/s: jgn asyik nk beraye, persediaan PMR camne?

0 comments: